Shalat Tarawih Yang Sah Itu 20 Rakaat Dengan 3 Rakaat Witir Atau 8 Rakaat Dengan 3 Rakaat Witir?
Weyaweyo.blogspot.com - shalat tarawih yang sah itu 20 rakaat denga 3 rakaat witir atau 8 rakaat dengan 3 rakaat witir? Mungkin itulah pertanyaan atau bahasan yang selalu muncul setiap datang bulan ramadhan. Berikut ini kami nukil beberapa dalil untuk shalat tarawih yang 20 rakaat + 3 rakaat witir. Pendapat para ulama’ mengenai sholat tarawih jumlah rakaatnya 20 roka'at bukan 8 roka’at : Berdasarkan dalil dan kaedah di atas, para ulama’ dalam mazhab Syafi’e (Syafi’iyyah) mengistinbatkan bilangan rakaatnya seperti berikut: 1) Disebutkan di dalam Mukhtashar Al-Muzani: أَنَّ اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ. “Sesungguhnya Imam Syafi’e berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (Solat Tarawih) denga 39 rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat kerana telah diriwayat...